Otak-otak merupakan produk utama perusahaan kami. terdapat dua jenis otak-otak samada ikan ataupun ayam. keistimewaan otak-otak kami adalah dari kualiti ikan segar gred A, rempah ratus tradisi dan bahan rahsia yang menjadikan OOK bukan suatu produk biasa malah OOK merupakan sautu produk yang mempunyai keaslian rasa tradisi yang tidak dapat di sangkal.
Permulaan bagi perusahaan bermula dengan IKS yang menghasilkan produk-produk yang berasakan ikan seperti otak-otak dan keropok lekor. Syukur penempatan produk ini telah mendapat tempat di hati pelanggan dan dapat meluaskan lagi perniagaan ini dengan beberapa buah stokis di sekitar selatan.
Produk OOK boleh di hidang dalam pelbagai juadah dan waktu samada sarapan pagi, minum petang atau makan malam malah boleh juga di hidang sebagi snek atau makan tambahan. OOK juga boleh di hidangkan di jamuan atau majlis keramaian untuk di jamukan kepada para tetamu.
Kami juga memberi sedikit tips untuk anda semua agar dapat menikmati OOK dengan lebih nikmat dan memuaskan.
1) sekiranya anda menyimpan OOK atau penyejukbekuan haruslah di biarkan ia nyahbekuan sementara untuk mengekalkan keaslian ikan itu.
4)bakar dengan suhu api yang kecil atau sederhana (kawal suhu) supaya isi keselurahan masak dengan sempurna.
3) bagi penggemar OOK garing, bakar dalam masa 9-12 minit sahaja. Jika terlalu garing serat ikan akan mudah kering. manakala bagi penggemar OOK masak dengan sempurna bakar dalam masa 7-9minit unutuk mengekalkan OOK dalam keadaan lembab dan anda akan dapat menikmati keaslian ikan yang cukup sempurna di dalam mulut anda.
4) anda juga boleh menghidangkan ia dalam bentuk western atau eastern. sebagai contoh nikmati OOK bersama sos campuran mayo & blackpepper sos dan di hidangkan dengan salad.
untuk contoh makanan timur, hidangkan otak-otak bersama nasi lemak bersama jus rossele cukup kombinasi rasanya.