PRODUK O.O.K

PRODUK O.O.K
Hidangan istimewa tidak kira masa dan tempat

Friday, 11 November 2011

PRODUK PENGUSAHAAN OOK'S

KACANG REBUS                                      KEROPOK LEKOR                                  OTAK-OTAK GULUNG

Produk keluaran OOK SDN. BHD. 
kami menawarkan anda beberapa produk keluaran utama perusahaan OOK seperti otak-otak gulung, pepes ayam/ikan, keropok lekor, keropok ikan, satar ayam/ikan, dan kacang rebus.





KEROPOK IKAN




Keropok ikan yang di perbuat dengan menggunakan ikan gred A berkualiti tinggi memberi anda sepenuhnya rasa ikan.
PEPES












Pepes Ayam atau ikan mudah di hidang dan sepenuhnya menggunakan ramuan tradisi yang sangat bermuatu dari segi rasa dan kualiti. mudah di hidang untuk semua juadah dan waktu. boleh juga di hidang kukus ataupun bakar.



SATAR




OOK menawarkan satar ikan dan juga ayam untuk anda. Satar mudah di hidangkan dan di jamu di setiap hidangan dan peingkat usia. rasanya yang tidk pedas mudah di terima dan di makan untuk semua lapisan masyarakat samada kanak-kanak atau dewasa. Lebih seronok menikmati jamuan Satar pada waktu petang atau waktu bersantai bersama keluarga.

DAPATKAN PRODUK OOK'S DI STOKIS KAMI AREA JOHOR BAHRU.

Hello semua, masih mencari-cari otak-otak kempas?
Sukar temui di kawasan perumahan anda?????
kami ada jalan penyelesaiannya. kini OOK telah meluaskan kan lagi perniagaan di seluruh Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.


UNTUK ANDA PENDUDUK JOHOR BAHRU.!!
anda boleh dapatkan otak-otak kempas berhampiran rumah anda. kini kami senaraikan gerai-gerai makan yang menjual produk kami.
1)  RESTORAN OSMAN, Bandar Baru Uda, persekitaran MYDIN
2) GERAI MINUMAN SERI BELANGA, Plaza Angsana level 1 bahagian food court
3) BAZAR JB, Jalan Wong Ah Fook berdepan dengan City Square
4) Gerai makan di MAHAT di Sentosa.
5) SINGGAH SELALU Danga Bay.
6) RESTORAN TERAJU SEAFOOD, di Stulang Laut berhampiran The ZONE.
8) RESTORAN ZORRO, Stulang laut berhampiran The ZONE menghadap laut.
9) RESTORAN WARISAN WAK RADOL, di Taman Kemas dan Jalan Denai kawasan Kempas.


Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami. Citarasa anda kepuasan kami bersama.

OTAK-OTAK GULUNG TERBAIK UNTUK SEMUA HIDANGAN.

otak-otak gulung atau di kenali sebagai popia merupakan suatu makanan tradisi yang sudah lama bertapak di dalam industri restoren tempatan samada perniagaan secara IKS atau perniagaan besar.


Istimewanya otak-otak gulung kami ialah inti popia yang di gunakan adalah inti otak-otak asli 100% sebelum di bakar di dalam ketuhar 120 darjah celcius selama 20 minit. proses pembuatan popia ini sangat teratur dan kebersihan yang di utamakan samada dari segi persekitaran dan juga tenaga pekerja.
terdapat bilik khas yang mengasingkan pembuatan otak-otak gulung bagi mengekalkan kualiti dan kebersihan terjaga serta memastikan pengeluaran produk yang teratur.


otak-otak gulung ini mudah di sediakan untuk semua jenis hidangan dan semua peringkat umur. hal ini kerana produk ini tidak mengandungi perasa pedas yang tinggi. Rasa ikan yang asli adalah salah satu faktor meningkatkan dan mengekalkan '"trademark" OOK yang mengeluarkan otak-otak sebagai produk utama.

Thursday, 10 November 2011

OTAK-OTAK KEMPAS PILIHAN TERBAIK PELANGGAN

Otak-otak merupakan produk utama perusahaan kami. terdapat dua jenis otak-otak samada ikan ataupun ayam. keistimewaan otak-otak kami adalah dari kualiti ikan segar gred A, rempah ratus tradisi dan bahan rahsia yang menjadikan OOK bukan suatu produk biasa malah OOK merupakan sautu produk yang mempunyai keaslian rasa tradisi yang tidak dapat di sangkal.

Permulaan bagi perusahaan bermula dengan IKS yang menghasilkan produk-produk yang berasakan ikan seperti otak-otak dan keropok lekor. Syukur penempatan produk ini telah mendapat tempat di hati pelanggan dan dapat meluaskan lagi perniagaan ini dengan beberapa buah stokis di sekitar selatan. 

Produk OOK boleh di hidang dalam pelbagai juadah dan waktu samada sarapan pagi, minum petang atau makan malam malah boleh juga di hidang sebagi snek atau makan tambahan. OOK juga boleh di hidangkan di jamuan atau majlis keramaian untuk di jamukan kepada para tetamu.







Kami juga memberi sedikit tips untuk anda semua agar dapat menikmati OOK dengan lebih nikmat dan memuaskan.
1) sekiranya anda menyimpan OOK atau penyejukbekuan haruslah di biarkan ia nyahbekuan sementara untuk mengekalkan keaslian ikan itu.
4)bakar dengan suhu api yang kecil atau sederhana (kawal suhu) supaya isi keselurahan masak dengan sempurna.
3) bagi penggemar OOK garing, bakar dalam masa 9-12 minit sahaja. Jika terlalu garing serat ikan akan mudah kering. manakala bagi penggemar OOK masak dengan sempurna bakar dalam masa 7-9minit unutuk mengekalkan OOK dalam keadaan lembab dan anda akan dapat menikmati keaslian ikan yang cukup sempurna di dalam mulut anda.
4) anda juga boleh menghidangkan ia dalam bentuk western atau eastern. sebagai contoh nikmati OOK bersama sos campuran mayo & blackpepper sos dan di hidangkan dengan salad.
untuk contoh makanan timur, hidangkan otak-otak bersama nasi lemak bersama jus rossele cukup kombinasi rasanya.

UPDATING PRICES AND STOKIS.

PRODUCT OFFERED AND PRICES/ PRODUK DAN HARGA
PERUSAHAAN DAN STOKIS INFORMASI

JUMPA KAMI DI FACEBOOK!

 PERUSAHAAN-OTAK-OTAK-KEMPAS-SDN-BHD




 Untuk sebarang pertanyaan dan interaksi dengan lebih dekat hubungi kami di page PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD.

Friday, 28 October 2011

MATLAMAT O.O.K

                    MATLAMAT SYARIKAT
                                   
Setiap organisasi perniagaan yang ditubuhkan memerlukan matlamat yang tertentu untuk menjamin kesinambungan perjalanan perniagaan yang baik dan berkesan. Berpandukan kepada matlamat ini, maka sesebuah organisasi akan dapat dipusatkan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Pihak syarikat telah merangka beberapa matlamat syarikat yang boleh dibahagikan kepada matlamat utama iaitu matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek.

Matlamat Jangka Pendek:-

1.                     Mendapat keuntungan seperti mana yang telah dirancangkan bagi menambahkan lagi keupayaan aliran tunai.

2.                     Memberikan dan menyediakan barang makanan serta menjamin perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan barangan yang ditawarkan mempunyai kualiti yang tinggi dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan. Strategi untuk memastikan kesetiaan pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan amat penting diperhebatkan bagi menjamin sasaran jualan.



3.                     Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan.

4.                     Mencapai sasaran jualan yang mengalakkan sebagaimana yang pihak syarikat rancangkan. 

Matlamat Jangka Panjang :-

1.                            Menjadi peneraju di dalam bidang industri makanan terutama makanan ringan berbungkus.

2.                            Mengeksport barangan keluar negara terutamanya memanafaatkan zon  perdagangan bebas cukai yang dikenali sebagai AFTA.

3.                            Membuka kilang yang lebih besar yang mampu mengeluarkan kapasiti barang yang banyak sarta menepati piawaian yang ditetapkan.

4.                            Dapat menubuhkan cawangan di setiap negeri bagi melicinkan lagi proses pemasaran, pengedaran dan pengagihan produk. Usaha juga akan diatur agar cawangan juga dapat dibuka diluar negara terutama di negara Asia Tenggara dengan menjalinkan usaha sama dengan usahawan tempatan mereka.

5.                            Menawarkan dan mengeluarkan lebih banyak jenis barangan yang dihasilkan untuk menjadi pilihan pelanggan.

AIM FOR.:


            Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memberi gambaran serta menerangkan latarbelakang PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD bermula dengan sejarah penubuhan serta objektif perniagaan di samping kekuatan dan kedudukan perusahaan untuk memberi gambaran dan keyakinan pihak tertentu bagi menjayakan aktiviti perniagaan. Disamping itu, kertas kerja ini juga akan menjadi garis panduan kepada perusahaan ini untuk merangka strategi-strategi bagi memajukan lagi prestasi perniagaan. 

OBJEKTIF @ SASARAN O.O.K


1.                            Memperkenalkan otak-otak sebagai makanan tradisional melayu kepada umum supaya ia menjadi popular bukan saja di kalangan bangsa melayu malah di kalangan bangsa-bangsa lain.

2.                            Menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga bumiputra untuk membuka perniagaan mereka sendiri dengan memasarkan dan menjual secara langsung tanpa memikirkan proses pengeluaran dan pemprosesan produk.

3.                            Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar yang  amat memerlukan pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan mereka disamping meningkatkan taraf sosial  ekonomi mereka.

4.                            Menyahut cabaran kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang industri kecil dan sederhana (IKS). Disamping menggunakan bahan-bahan terutamanya ikan dan hasil tani tempatan, perusahaan ini juga dapat memastikan kekayaan negara dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin.

KENALI KAMI. O.O.K

PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD telah ditubuhkan pada 12hb Oktober 2004 , dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Dalam usia yang begitu singkat sahaja, perusahaan ini telah berjaya diuruskan dengan baik sehingga namanya cukup popular terutama di Negeri Johor.

Otak-otak merupakan salah satu makanan yang telah popular di Malaysia. Produk ini telah mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang enak dan mudah untuk dihidangkan. Disamping itu juga bahan–bahan yang digunakan adalah berasaskan sumber ikan segar yang kaya dengan sumber protein asli serta memenuhi citarasa masyarakat tempatan khususnya.

            Perusahaan Otak-Otak Kempas Sdn Bhd dipilih sebagai nama perniagaan adalah kerana perniagaan ini telah mula bertapak dan beroperasi di Kempas. Bermula dengan perniagaan di rumah, kini telah berkembang dan diusahakan secara serius dan profisional selaras dengan permintaan yang meningkat maju. Perusahaan ini beroperasi di Lot 3226-A, 3226-B & 3226-C, Jalan Denai Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.



Perusahaan ini menumpukan kepada pengeluaran 2 produk utama iaitu otak-otak daun dan otak-otak gulung. Bahan yang digunakan untuk kedua-dua produk ini adalah sama. Cuma bahan yang digunakan untuk membungkusnya sahaja berbeza. Otak-otak daun dibungkus menggunakan daun kelapa dan daun nipah, manakala otak-otak gulung menggunakan kulit popia sebagai bahan yang membungkusnya. Sehingga kini lebih daripada 70 orang tenaga kerja digunakan untuk menampung permintaan semasa bagi memastikan perusahaan ini mencapai target pengeluaran  yang telah ditetapkan.