PRODUK O.O.K

PRODUK O.O.K
Hidangan istimewa tidak kira masa dan tempat

Friday 28 October 2011

KENALI KAMI. O.O.K

PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD telah ditubuhkan pada 12hb Oktober 2004 , dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Dalam usia yang begitu singkat sahaja, perusahaan ini telah berjaya diuruskan dengan baik sehingga namanya cukup popular terutama di Negeri Johor.

Otak-otak merupakan salah satu makanan yang telah popular di Malaysia. Produk ini telah mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang enak dan mudah untuk dihidangkan. Disamping itu juga bahan–bahan yang digunakan adalah berasaskan sumber ikan segar yang kaya dengan sumber protein asli serta memenuhi citarasa masyarakat tempatan khususnya.

            Perusahaan Otak-Otak Kempas Sdn Bhd dipilih sebagai nama perniagaan adalah kerana perniagaan ini telah mula bertapak dan beroperasi di Kempas. Bermula dengan perniagaan di rumah, kini telah berkembang dan diusahakan secara serius dan profisional selaras dengan permintaan yang meningkat maju. Perusahaan ini beroperasi di Lot 3226-A, 3226-B & 3226-C, Jalan Denai Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.



Perusahaan ini menumpukan kepada pengeluaran 2 produk utama iaitu otak-otak daun dan otak-otak gulung. Bahan yang digunakan untuk kedua-dua produk ini adalah sama. Cuma bahan yang digunakan untuk membungkusnya sahaja berbeza. Otak-otak daun dibungkus menggunakan daun kelapa dan daun nipah, manakala otak-otak gulung menggunakan kulit popia sebagai bahan yang membungkusnya. Sehingga kini lebih daripada 70 orang tenaga kerja digunakan untuk menampung permintaan semasa bagi memastikan perusahaan ini mencapai target pengeluaran  yang telah ditetapkan.  

2 comments:

  1. Nama saya Amin. Tinggal di Duyong Melaka. Saya tertarikh dengan produk OOK. Saya berminat untuk menjadi pengedar. Bagaimana saya boleh menghubungi OOK?

    ReplyDelete
  2. aslammualaikum....adakah O.O.K menerima tetamu untuk tujuan lawatan di kilang?....tq

    ReplyDelete