PRODUK O.O.K

PRODUK O.O.K
Hidangan istimewa tidak kira masa dan tempat

Friday 28 October 2011

MATLAMAT O.O.K

                    MATLAMAT SYARIKAT
                                   
Setiap organisasi perniagaan yang ditubuhkan memerlukan matlamat yang tertentu untuk menjamin kesinambungan perjalanan perniagaan yang baik dan berkesan. Berpandukan kepada matlamat ini, maka sesebuah organisasi akan dapat dipusatkan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Pihak syarikat telah merangka beberapa matlamat syarikat yang boleh dibahagikan kepada matlamat utama iaitu matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek.

Matlamat Jangka Pendek:-

1.                     Mendapat keuntungan seperti mana yang telah dirancangkan bagi menambahkan lagi keupayaan aliran tunai.

2.                     Memberikan dan menyediakan barang makanan serta menjamin perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan barangan yang ditawarkan mempunyai kualiti yang tinggi dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan. Strategi untuk memastikan kesetiaan pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan amat penting diperhebatkan bagi menjamin sasaran jualan.



3.                     Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan.

4.                     Mencapai sasaran jualan yang mengalakkan sebagaimana yang pihak syarikat rancangkan. 

Matlamat Jangka Panjang :-

1.                            Menjadi peneraju di dalam bidang industri makanan terutama makanan ringan berbungkus.

2.                            Mengeksport barangan keluar negara terutamanya memanafaatkan zon  perdagangan bebas cukai yang dikenali sebagai AFTA.

3.                            Membuka kilang yang lebih besar yang mampu mengeluarkan kapasiti barang yang banyak sarta menepati piawaian yang ditetapkan.

4.                            Dapat menubuhkan cawangan di setiap negeri bagi melicinkan lagi proses pemasaran, pengedaran dan pengagihan produk. Usaha juga akan diatur agar cawangan juga dapat dibuka diluar negara terutama di negara Asia Tenggara dengan menjalinkan usaha sama dengan usahawan tempatan mereka.

5.                            Menawarkan dan mengeluarkan lebih banyak jenis barangan yang dihasilkan untuk menjadi pilihan pelanggan.

No comments:

Post a Comment