PRODUK O.O.K

PRODUK O.O.K
Hidangan istimewa tidak kira masa dan tempat

Friday 28 October 2011

MATLAMAT O.O.K

                    MATLAMAT SYARIKAT
                                   
Setiap organisasi perniagaan yang ditubuhkan memerlukan matlamat yang tertentu untuk menjamin kesinambungan perjalanan perniagaan yang baik dan berkesan. Berpandukan kepada matlamat ini, maka sesebuah organisasi akan dapat dipusatkan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Pihak syarikat telah merangka beberapa matlamat syarikat yang boleh dibahagikan kepada matlamat utama iaitu matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek.

Matlamat Jangka Pendek:-

1.                     Mendapat keuntungan seperti mana yang telah dirancangkan bagi menambahkan lagi keupayaan aliran tunai.

2.                     Memberikan dan menyediakan barang makanan serta menjamin perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan barangan yang ditawarkan mempunyai kualiti yang tinggi dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan. Strategi untuk memastikan kesetiaan pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan amat penting diperhebatkan bagi menjamin sasaran jualan.



3.                     Menggalakkan dan mempertingkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan.

4.                     Mencapai sasaran jualan yang mengalakkan sebagaimana yang pihak syarikat rancangkan. 

Matlamat Jangka Panjang :-

1.                            Menjadi peneraju di dalam bidang industri makanan terutama makanan ringan berbungkus.

2.                            Mengeksport barangan keluar negara terutamanya memanafaatkan zon  perdagangan bebas cukai yang dikenali sebagai AFTA.

3.                            Membuka kilang yang lebih besar yang mampu mengeluarkan kapasiti barang yang banyak sarta menepati piawaian yang ditetapkan.

4.                            Dapat menubuhkan cawangan di setiap negeri bagi melicinkan lagi proses pemasaran, pengedaran dan pengagihan produk. Usaha juga akan diatur agar cawangan juga dapat dibuka diluar negara terutama di negara Asia Tenggara dengan menjalinkan usaha sama dengan usahawan tempatan mereka.

5.                            Menawarkan dan mengeluarkan lebih banyak jenis barangan yang dihasilkan untuk menjadi pilihan pelanggan.

AIM FOR.:


            Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memberi gambaran serta menerangkan latarbelakang PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD bermula dengan sejarah penubuhan serta objektif perniagaan di samping kekuatan dan kedudukan perusahaan untuk memberi gambaran dan keyakinan pihak tertentu bagi menjayakan aktiviti perniagaan. Disamping itu, kertas kerja ini juga akan menjadi garis panduan kepada perusahaan ini untuk merangka strategi-strategi bagi memajukan lagi prestasi perniagaan. 

OBJEKTIF @ SASARAN O.O.K


1.                            Memperkenalkan otak-otak sebagai makanan tradisional melayu kepada umum supaya ia menjadi popular bukan saja di kalangan bangsa melayu malah di kalangan bangsa-bangsa lain.

2.                            Menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga bumiputra untuk membuka perniagaan mereka sendiri dengan memasarkan dan menjual secara langsung tanpa memikirkan proses pengeluaran dan pemprosesan produk.

3.                            Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar yang  amat memerlukan pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan mereka disamping meningkatkan taraf sosial  ekonomi mereka.

4.                            Menyahut cabaran kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang industri kecil dan sederhana (IKS). Disamping menggunakan bahan-bahan terutamanya ikan dan hasil tani tempatan, perusahaan ini juga dapat memastikan kekayaan negara dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin.

KENALI KAMI. O.O.K

PERUSAHAAN OTAK-OTAK KEMPAS SDN BHD telah ditubuhkan pada 12hb Oktober 2004 , dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Dalam usia yang begitu singkat sahaja, perusahaan ini telah berjaya diuruskan dengan baik sehingga namanya cukup popular terutama di Negeri Johor.

Otak-otak merupakan salah satu makanan yang telah popular di Malaysia. Produk ini telah mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang enak dan mudah untuk dihidangkan. Disamping itu juga bahan–bahan yang digunakan adalah berasaskan sumber ikan segar yang kaya dengan sumber protein asli serta memenuhi citarasa masyarakat tempatan khususnya.

            Perusahaan Otak-Otak Kempas Sdn Bhd dipilih sebagai nama perniagaan adalah kerana perniagaan ini telah mula bertapak dan beroperasi di Kempas. Bermula dengan perniagaan di rumah, kini telah berkembang dan diusahakan secara serius dan profisional selaras dengan permintaan yang meningkat maju. Perusahaan ini beroperasi di Lot 3226-A, 3226-B & 3226-C, Jalan Denai Utama, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.



Perusahaan ini menumpukan kepada pengeluaran 2 produk utama iaitu otak-otak daun dan otak-otak gulung. Bahan yang digunakan untuk kedua-dua produk ini adalah sama. Cuma bahan yang digunakan untuk membungkusnya sahaja berbeza. Otak-otak daun dibungkus menggunakan daun kelapa dan daun nipah, manakala otak-otak gulung menggunakan kulit popia sebagai bahan yang membungkusnya. Sehingga kini lebih daripada 70 orang tenaga kerja digunakan untuk menampung permintaan semasa bagi memastikan perusahaan ini mencapai target pengeluaran  yang telah ditetapkan.